16 Jun, 2009

FALSAFAH PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu proses aktiviti yang menuju kearah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru dan pelajar.

Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pengumpul maklumat dan menyusun segala maklumat dalam sesuatu sistem yang mudah untuk diikuti. Menyimpan segala maklumat dengan segera dan bila-bila masa.

Pusat Sumber Sekolah adalah sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak diperingkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum di mana ianya merentasi kurikulum serta menggalakkan perkembangan intelektual, rohani dan jasmani.