16 Jun, 2009

FALSAFAH PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu proses aktiviti yang menuju kearah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. ia merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksima kepada guru dan pelajar.

Pusat Sumber Sekolah berfungsi sebagai pengumpul maklumat dan menyusun segala maklumat dalam sesuatu sistem yang mudah untuk diikuti. Menyimpan segala maklumat dengan segera dan bila-bila masa.

Pusat Sumber Sekolah adalah sebagai satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak diperingkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum di mana ianya merentasi kurikulum serta menggalakkan perkembangan intelektual, rohani dan jasmani.

15 Jun, 2009

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG PSS




Bengkel ini telah diadakan pada 16.6.2009 dan 17.6.2009 di makmal bestari SMK Bandar Baru Serting jempol N.Sembilan

BILIK BBM

Objektif BBM
Membantu mewujudkan suasana ingin belajar dan interaksi dua hala antara pelajar dan guru. Selain itu, objektif lain ialah membantu pelajar lebih mudah memahami pengajaran guru demi untuk meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar.


Piagam bilik BBM
Menyediakan bahan Bantu mengajar yang secukupnya untuk kegunaan guru dan menyusun bahan Bantu mengajar mengikut matepelajaran dan tingkatan serta membantu peningkatan pemahaman pelajar-pelajar terhadap pengajaran.

JAWATAN KUASA PSS

PENGERUSI
-En.Nik Mohd Hassan

TIMBALAN PENGERUSI
-En.Nazri Hasan

PENYELARAS PSS
-Pn.Jamaliah Muda

SETIAUSAHA
-Pn.Khotaimalar

AJK
-Semua panatia

PENCAPAIAN PSS

Pencapaian pss sekolah menengah bahau 2 ialah pelajar pernah memenangi pertandingan kyior tempat ketiga yang berlangsung di smkbb serting. Selain itu pencapaian lain ialah pernah memenangi porgram nilam peringkat daerah jempol barat.

PROGRAM / AKTIVITI PSS

Aktiviti PSS

Januari
-gotong-royong
-menceriakan pss
-promosi pss kepada pelajar tingkatan 1

Februari
-kempen derma buku
-membuat bahan ABM

Mac
-pertandingan mengarang esei
-kempen penggunaan pusat sumber

April
-kempen galakan membaca
-pertandingan membuat ulasan buku

Mei
-bulan bahasa melayu
-menceriakan pss
-watikah perlantikan pengawas

Jun
-kempen derma buku
-pertandingan membuat buku skrap

Julai
-kempen bulan membaca
-pembahagian kad pinjaman buku

Ogos
-kursus kepimpinan pustakawan
-pertandingan seni lukis
-sambutan bulan kemerdekaan bersama panatia sejarah

September
-mesyuarat ajk
-pertandingan membuat kulit buku

KEMUDAHAN PSS

Terdapat banyak kemudahan yang terdapat dalam PSS antaranya ialah pinjaman bahan buku, majalah,cdri dan Piagam bilik BBM.Menyediakan bahan Bantu mengajar yang secukupnya untuk kegunaan guru dan menyusun bahan Bantu mengajar mengikut matepelajaran dan tingkatan serta membantu peningkatan pemahaman pelajar-pelajar terhadap pengajaran.

PROGRAM NILAM

Objektif program nilam

-menambahkan ilmu pengetahuan pelajar
-membina tabiat membaca di kalangan pelajar
-menambahkan bilangan buku yang dibaca untuk direkodkan dalam buku rekod membaca pelajar di sekolah

Program Nilam yang pernah dijalankan ialah peraduan teka silang kata kepada semua pelajar smkb2.Program ini dijalankan 3 kali dalam satu tahun.Tujuan program ini adalah untuk melatih dan menguju kecekapan perbendaharaan kata pelajar dalam bahasa melayu dan english. Program lain yang pernah dijalankan ialah kuiz dan pertandingan bercerita.Tujuan program ini adalah untuk memberi minat pelajar menghayati cerita.program lain yang pernah dijalankan ialah pameran bertema dan isu semasa dimana tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan maklumat semasa kepada warga sekolah.

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PSS
SMK BAHAU 2

PENGERUSI
EN. NIK MUHAMMAD HASSAN BIN NIK MUHAMMAD

NAIB PENGERUSIEN.
NAZRI BIN HASSAN

PENYELARAS
PN. JAMALIAH MUDA

AJK APD
EN.M.GANESAN

MAKMAL BAHASA
EN. GANESAN
AJK ABM
PN. MAZNITA

AJK KOMPUTER
EN. MOGAN

OBJEKTIF

Objektif

Membudayakan gaya pembelajaran yang seronok berasaskan sumber dan teknologi pendidikan di kalangan murid-murid.Menghasilkan pelajar yang celik ICT bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat ( IT ) global.selain itu, objektif pss juga untuk mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dengan berbagai pendekatan dan sumber yang berteraskan kepada teknologi maklumat.Selain itu, objektif pss juga adalah untuk mengisi masa lapang pelajar pada waktu lapang seperti rehat,waktu relief dan sebagainya.

MATLAMAT PSS

Matlamat PSS SMKB2 ialah meningkatkan prestasi pelajaran serta pencapaian akademik sekolah.selain itu, melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan,berkebolehan dan berdaya saing dalam dunia global. MenjadikanPSS sebagai satu agensi maklumat di sekolah merupakan salah satu matlamat PSS. Matlamat lain,PSS ialah menaikkan taraf dari segi fizikal,alatan,bahan serta menggalakkan pembelajaran sepanjang ayat.

VISI DAN MISI

Visi

Bahawa sesungguhnya visi pss Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2 ialah menigkatkan mutu p/p serta potensi individu dan kecermelangan pelajar dari segi akademik dan kokurikulum melalui aktiviti yang dijalankan sejajar dengan wawasan sekolah.



Misi

Mengutamakan pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti ke arah kecermelangan profesionalisme guru dan pelajar dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berasaskan kebudayaan teknologi pendidikan.

SEJARAH PSS

Sejarah PSS SMKB2

Pusat sumber SMK Bahau 2 mula ditubuhkan semenjak bukanya sekolah ini pada bulan jun 2001 dimana setelah enam bulan menumpang di SRJK Cina Mahsan. Pada masa itu hanyalah sebuah bilik kosong tanpa buku. Beberapa bulan kemudian kami mula melancarkan derma buku daripada guru dan pelajar. Pada tahun 2002 barulah kami dapat membeli sedikit buku bacaan.